A.A
Tuesday, 9 April 2013,
ϟ 0
shout(s)
assalamualaikum , alhamdulillah . segalanya telah pun selesai , memang tak sejernih dulu tapi cukuplah untuk membahagiakan seluruh hidup aku . afiff , awak yang terakhir dengan keizinanNya . saya cukup bahagia disamping awak , malah saya mengharapkan awak yang halal serta terakhir yang hadir tepat pada waktunya . tak salah kalau kita terlalu mengharap sebab saya yakin dengan KuasaNya . kalau tiada jodoh antara kita pun , saya cukup bersyukur kerana memperoleh bahagia walaupun hanya seketika . afiff , saya sayang awak .
Malam ku tiada bintang -.-
Saturday, 6 April 2013,
ϟ 0
shout(s)
Assalamualaikum,
Kesudahan
yang pasti, takdir Illahi mengalahkan segala-galanya. Andai ini takdir
diantara kita, aku terima :) Kuat dan gagah aku berdiri dengan bantuan
serta pertolonganNya. Jodohku mungkin terhenti disini. Aku akur dalam
setiap langkah. Kesan yang mendatang telah aku bersedia untuk menerima.
Andai masih kita bersama, syukur yang tak terhingga ku ucapkan padaNya
kerana memahami lara hati ini.
Cinta
sebelum halal memang dulunya menyakinkan aku, telah lama bercinta, luka
kembali berdarah. Mana silapnya pun entah dimana. Ianya sangat
menyakitiku tapi alhamdulillah aku masih mampu tersenyum menyembunyikan
segala duka :) Sukar mana pun aku melangkah kaki, tetaplah aku gagahi
jua.
Sehingga kini, ku halalkan setiap
langkah jika dia ingin kembali semua. Bercinta dengan Yang Esa sebelum
aku bercinta sesama manusia.
K.A.M.I
Tuesday, 13 November 2012,
ϟ 0
shout(s)
4 sekawan ---> lynn , dilla , azie dan eyna :')
act , aku dan 3 orang lagi ni berkawan dari sekolah rendah lagi , tpi dulu kiteorg cume kenal kenal camtuh je tak serapat sekarang . masuk je Form 1 , kiteorg tiba tiba rapat dan alhamdulillah masih rapat hingga sekarang . Persahabatan yang ikhlas buat aku seronok dan happy bila dengan dorg :') tak kan ada sorg pun antara kiteorg yang tak tau masalah yang dihadapi setiap orang . Yes , Sharing Is Caring :')
tapi , aku lebih rapat dengan Lynn sbb rumah kiteorg dekat . tak bermakna aku tak kawan dengan azie & eyna kayy . aku tumbuk sape yang berani berani buat fitnah >.< huahuahau . macam kembar dah budak sekolah aku cakap tapi kami memang kembar pun :') . kiteorang bukan Les kayy but BFF .
Lynn , Azie & Eyna --> thanks sebab kita masih lagi berkawan . memang banyak dugaan tapi tetap kita hadapi bersama . jangan pernah lupakan aku sbb korg semua dekat U , aku je sorang yang sesat dekat Poli :'( . nanti bila senang kita keluar sesame kayy . aku rindu nak lepak dengan korang . menangis juga aku bila korang motivate aku pasal Ikhmal . Dan yang paling penting sekarang , aku dah mula bahagia dengan Afiff yang juga sedara kau Lynn ;D
Semoga ukhwah yang terjalin ini kekal untuk selama lamanya o.o
I'm happy
Saturday, 10 November 2012,
ϟ 0
shout(s)
wohoo . hari ni happy sesangat sbb first time aku keluar ngn MR Predator a.k.a Muhammad Afiff . huhu . kenapa mesti Predator ?? haha . act , aku minat sangat dengan cter Predator tuh . sbb buas dan ganas(^^,) hee . nervous gak lah sbb first time keluar dengan dy . berdua lak tuh :')
sikap dy buat aku selesa dengan semuanya . ohh , alangkah indahnya cinta! . huhuhu . habis 1 mall kiteorang tawaf , tiap kali 3 jam je makan , katenya tak nak aku lapar . macam nganjing pon ade . tapi takpe , hidup senang , makan pon kenyang .
Dalam perjalanan balik ke rumah , dalam kete , dy cakap yg dy nak aku jadikan dy orang terakhir dalam hidup aku . "awak , insyaALLAH awak terakhir dalam hidup sy , cume 1 saya mintak , tolonglah jage cinta , sayang dan kepercayaan sy kat awak" . huuuuuuuu , dah lahh hujan , sejuk . huhu .before aku keluar dari kete , dy ucap benda yang same aku mintak kat dy .
Masuk je rumah , aku terus solat Asar dan smbil baring aku tersenyum sendiri . Afiff , cinta ni makin mengalir dalam jiwa sy sayang :')
Muhammad Afiff
Tuesday, 6 November 2012,
ϟ 0
shout(s)
terima kasih Ya Allah , kau berikan cinta kepadaku . terima kasih juga Ya Allah memberikan dy untukku . Moga cinta ini kekal selamanya . Afiff , walaupun kita baru je kenal , sy harap awak tak menyakiti sy sbb sy sayangkan awak :')
Bukan mudah untuk mengungkapkan rasa sayang dan cinta dan juga bukan mudah untuk menghilangkan semua perasaan yang pernah ada . bila awak cakap yang awak sayangkan sy , hati sy untuk bercinta kembali semula . sy terima awak apa adanya . sy sentiasa berdoa agar cinta ini kekal untuk selamanya .
Maaf Ikhmal , macam yang sy cakap cinta dan sayang sy akan hilang dengan sekelip mata bila awak ckp yg awak dah tak sayang dan cintakan sy . ye , dan perasaan tuhh dah hilang . Ingatan sy terhadap awak takkan berkurang sbb awak pernah buat sy gembira suatu ketika dulu . 3 tahun kita manfaatkan bersama dan ternyata berakhir dengan kekecewaan . takpe , sy terima semua yg berlaku . Semua yg berlaku ada hikmahnya dan InsyaALLAH sy boleh mengharunginya :')
Kembali Tersenyum :')
Thursday, 1 November 2012,
ϟ 0
shout(s)
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
+MUHAMMAD AFIFF BIN HAIRUL AKMAL:')
Akhirnya ..
Friday, 26 October 2012,
ϟ 0
shout(s)
setelah sebulan lebih aku berpisah dengan Ikhmal , baru lah aku dapat ketenangan . sebelum ni , hidup aku serba tak kena , ada je benda yang aku buat salah , kat rumah , sekolah dan mana-mana pon . sekarang , aku redha dengan ketentuanNya . Biarlah dia pergi mencari kebahagiaan lain . Bahagianya dia , berbahagialah juga aku :')
Selamat tinggal kenangan , selamat tinggal cinta , selamat tinggal sayang , biarlah cinta kita ianya menjadi sejarah kita dan bersemadi di situ . Selamat Jalan IKHMAL RADZI . Pergilah dan jangan kembali lagi . :')
new past


